BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaiku ustaz. Disini saya ada 2 soalan yang nak diutarakan 1. Arwah ayah pernah tinggal bersama saya sejak kematian emak. Masa tu arwah ayah pun sedang sakit2 dan terlantar di katil. Masih boleh bercakap dan bangun untuk ke tandas tapi tak boleh bergerak terlalu lama. Masa arwah tinggal bersama saya arwah ada sedikit simpanan dan mohon saya keluarkan semua simpanan dan simpan pada saya untuk apa2 kegunaan samada untuk keluarga saya atau untuk perubatan arwah. Arwah juga mohon saya buatkan badal haji untuk arwah, arwah emak, juga pada 4 orang arwah atuk dan nenek sebelah ayah dan emak. Alhadulillah saya telah selesaikan amanah arwah ayah.Simpanan yang arwah beri saya gunakan untuk segala urusan dan perubatan beliau semasa hayat sehingga la beliau meninggal dunia.Tujuan sebenar arwah ayah mohon saya keluarkan dan simpan pada akaun saya adalah untuk mengelakkan masalah perebutan anak2 yang lain. Untuk pengetahuan ustaz ayah pernah berkahwin 3 dan mempunyai 24 orang anak. Saya anak yang paling bongsu iaitu yang ke 24 dari ibu no 2. Walalupun arwah membenarkan saya menggunakan simpanan beliau untuk urusan perbelanjaan harian saya tapi saya tidak menggunakannya. Saya berniat untuk menggunakan simpanan arwah untuk arwah sahaja. Bila arwah meninggal ada sedikit lagi baki simpanan arwah dalam tangan saya sebanyak RM9,000 lebih. Tujuan arwah beri saya simpanan dia sebab tak nak timbul hal2 yang tak diingini.Allah ustaz memang betul jangkaan arwah. Mayat masih di rumah anak2 dari ibu pertama dah bersoal2 tentang wang dari poket baju arwah sampai la ke buku simpanan. Saya juga jadi mangsa pertelingkahan mereka. Rumah pusaka yang sekangkang kera pun jadi rebutan. Arwah pernah berpesan pada kami anak2 dari ibu ke2 jangan campur urusan mereka. Soalan saya ustaz salahkah saya pegang amanah arwah supaya baki simpanan beliau jangan diberi pada anak2 yang lain. Perlukah di faraid simpanan Rm9k lebih tu pada anak2 yang lain. Satu lagi hal kalau saya beritahu hal ni pada saudara2 yang lain terutama anak2 dari ibu pertama saya pasti akan timbul pertelingkahan.Pasti mereka akan lemparkan tuduhan macam2 pada saya sedangkan niat saya cuma nak pegang amanah arwah ayah dan juga nak gunakan duit itu untuk urusan arwah. Bagaimana harus saya selesaikan hal ini ustaz. Niat hati nak bayarkan fidiyah untuk arwah ayah. Saya risau juga jika ada solat dan puasa arwah ada yang tertangguh semasa hayat beliau. Bagaimana penyelesaian ustaz. 2. Saya pernah ada pembantu yang menjaga anak2 saya masa saya berkerja. Makcik ni bukan keluarga kandung tapi amat rapat. Tinggal bersama saya hampir 12 tahun. Sejak bersama saya alhamdulillah dia berjaya membuat sedikit simpanan dari wang yang saya beri selama tinggal dengan saya. Semua simpanan dia suruh saya simpan dan benarkan saya guna jika ada keperluan. Dia kata buat macam duit sendiri. Nak guna tak perlu tanya dia. Alhamdulillah saya tak pernah guna duit simpanan dia untuk kegunaan saya. Semua perbelanjaan dia saya catit dengan lengkap. Alhamdulillah dengan duit tu dia dapat buat operation kedua2 belah lutut, dapat pergi haji dan umrah dan guna untuk perubatan dia. Makcik pernah mohon saya carikan peguam untuk saksi dia nak serahkan segala simpanan dia pada saya. Saya bawakan dia seorang peguam dan dia ada lafazkan jika ada lagi simpanan dia serahkan semuanya pada saya. Adakah ini di katakan hibah? Mengikut peguam dia boleh serahkan pada saya selagi dia masih hidup. Tapi saya dah berjanji dengan dia saya akan gunakan setiap sen duit dia untuk dia sahaja walaupun dia tiada nanti. Saya telah berpindah jauh ke selatan tapi makcik tak nak ikut alasan jauh dari sedara dan kawan2. Saya tinggalkan dia bersama anak angkat dia di utara.Tapi masing2 sibuk dengan urusan kerja dan makcik pun dah berusia 88 tahun dan perlukan penjagaan yang rapi mereka buat keputusan hantar beliau ke rumah pengasih. Semasa beliau bersama saya, saya pernah mohon untuk mendapatkan bantuan kebajikan masyarakat untuk beliau. Sekarang duit bantuan digunakan untuk membayar pada rumah pengasih. Alhamdulillah dia mendapat jagaan yang rapi dan gembira sebab ada kawan2 sebaya yang boleh berbual2. Soalan saya ustaz perlukah saya kembalikan duit dia semasa hayat dia. Buat masa sekarang dia memang tak perlukan duit sebab semua urusan perubatan dia di bawah JKM. Makchik masih ada lagi dan ikutkan hati saya nak pulangkan ja semua duit dia tapi saya kurang yakin ada yang boleh menguruskan kewangan dia. Saya pernah tanya dia duit yang dia bagi saya tu dia nak balik tak? Dia cakap dah bagi pada saya dia suruh saya guna saja. Tapi duit dia masih saya simpan untuk apa2 urusan dia kelak. Duit yang ada pada saya setelah semua perbelanjaan dia masa urusan haji dan umrah dan lain2 berjumlah RM9762.25. Bagaimana pandangan ustaz?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, 1) Syabas ! Walaupun sebagai anak bongsu dengan 24 adik beradik, anda telah mengambil tanggungjawab melaksanakan amanah ayah. Menjaganya, menggunakan harta simpanannya untuk kepentingan rawatan, kewajipan ibadahnya dan lain-lain lagi tanpa digunakan untuk kepentingan diri sendiri. Berdasarkan anda telah berniat hanya akan menggunakan wang itu untuk kegunaan arwah, maka baki RM9000 yang ada itu bolehlah diwakafkan atas nama arwah atau bayaran fidyah tanggungan ayah kepada Allah yang tertinggal, jika ada hari bolehlah diturut kiraan secara andaian dalam tempoh sakitnya, berkaitan puasanya dan solatnya. Berharap harta-harta lain jika ada termasuk rumah yang tidak diamatikan kepada anda, akan kekal sebagai harta peninggalan simati (pusaka) yang terikat dengan hukum faraidh. Yang mustahak anda telah melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh ayah anda berdasarkan panduan agama. Jika tidak puas hati dikalangan saudara saudara, menyiakan sesuatu yang diluar hidup upaya anda. Kembalilah dan berpeganglah kepada jalan syariat. Yang penting ialah keredhaan Allah, bukan memuaskan hati manusia dengan cara yang tidak dapat dilaksanakan. 2) Syabas ! Lagi sekali, anda telah dapat mengatur kehidupan seorang pembantu rumah anda dengan teratur, termasuk urusan tanggungjawabnya dengan Allah. Atas niat anda yang hanya akan menggunakan baki wangnya RM9762.25 untuknya. Maka, anda boleh serahkan untuk faedah dirinya, Kalau bukan semuanya di dunia, ia boleh untuk kehidupan di akhirat dengan cara diwakafkan atau didermakan sebagai amal jariah, Insya’Allah kebaikannya akan dapat dilempari oleh anda sebagai melakasanakan amanahnya. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 289

message user image