Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Asmkm wbt..Tuan/Puan; Beberapa tahun yang lepas KAKAK IPAR saya telah bersetuju secara mulut memberikan satu gelang tangan (harta pusaka) kepada isteri saya disebabkan gelang tangan (harta pusaka) yg dimiliki isteri saya telah hilang dicuri. Setelah KAKAK IPAR dan ISTERI saya membuat semakan dengan kedai emas, harga gelang tangan tersebut bernilai $450. Jadi KAKAK IPAR bersetuju memberikan (menjual) secara hutang kepada ISTERI saya (adiknya). Bukan berniat nak buat harta dengan satu gelang tangan emas ni tapi nak simpan sebagai kenangan arwah mak mereka. Setelah beberapa tahun kemudian, KAKAK IPAR saya tiba2 menuntut semula gelang tangan emas tersebut dengan alasan tiada sebarang surat perjanjian hitam putih antara KAKAK IPAR dan ISTERI saya bagi penjualan gelang tangan tersebut. Oleh kerana gelang tangan tersebut saya dan isteri terpaksa pajak dahulu di Ar Rahnu Pejabat Pos Shah Alam, kami terpaksa bertahan dahulu sambil mencari modal untuk menebusnya. Akhirnya baru2 ini ada pihak ketiga yg membantu saya dan isteri menebus semula gelang tangan emas tersebut pada harga $1300. Gelang tangan emas tersebut saya sudah serahkan pada KAKAK IPAR tu dengan cara pos disebabkan PKPB ni. Persoalan saya ; 1) Berapa kadar penjualan semula yg saya patut kira dengan KAKAK IPAR ni? Kesepakatan jual beli awal $450. Harga kemudian setelah ditebus $1300 tapi saya belum berkira2 dengan KAKAK IPAR ni kerana keliru pasal ni. Amat takut salah kira harta pusaka ni..Oleh itu saya amat meminta jasa baik Tuan/Puan memberikan jawapan yg terbaik inshaAllah..
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, jual beli emas secara bertangguh (hutang) adalah tidak dibenarkan, tidak sah dan hukumnya adalah haram. Lebih-lebih lagi dalam isu ini, terdapat dakwaan daripada pihak kakak bahawa tiada sebarang bukti perjanjian ke atas transaksi jual beli emas tersebut. Apabila urusan jual beli tidak sah, maka gelang tersebut kekal menjadi hak milik kakak dan apabila kakak menuntut supaya gelang tersebut dikembalikan maka perlu dikembalikan semula kepada kakak tanpa ada sebarang bayaran daripada kakak. Manakala urusan pajak dan menebus kembali gelang emas tersebut semasa dalam simpanan pihak tuan, ia adalah dibawah pembiayaan dan tanggungan pihak tuan dan isteri. Oleh itu, dalam perkara ini tiada apa-apa bayaran yang perlu diberikan oleh kakak kepada isteri tuan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.