Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: assalamualaikum tuan..apakah yg sya kena buat untuk menghadapi isteri yg baran selain itu isteri sya sllu menjadikan suatu masalah kecil sehingga menjadikan keadaan menjadi keruh ..sya juga selalu direndahkan serta dihina..mohon pandangan dari tuan ...Tkasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, Cara berdepan dengan isteri yang baran adalah diam, diam dan diam. Dalam masa yang sama keluarkan tanggungjawab sebagai seorang suami berdasarkan panduan agama. Ia meliputi tanggungjawab kepada diri sendiri dan isteri serta keluarga seluruhnya. Diam itu mengandungi seribu satu bahasa, diam juga mengandungi seribu satu tindakan. Panas baran merupakan amarah diri nusyuz (ingkar). Maka nasihati dia, pulaukan tempat tidurnya atau pukullah dengan pukulan ringan sebagai mendidik. (Pukul perasaannya bukan fizikalnya). Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 34; الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ اللهُ بَعْضَهُمْ عَلٰى بَعْضٍ وَّبِمَاۤ اَنْفَقُوا مِن اَمْوَالِهِم فَالصَّٰلحٰتُ قٰنِتٰتٌ حٰفِظٰتٌ لّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللهُ والّٰتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُهُنَّ فِى الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِن اَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا إِنَّ اللهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا ﴿٣٤﴾ Maksudnya: “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang solehah, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar”. Walaubagaimanapun, jika mengasingkan tempat tidur tidak berkesan, juga perlulah meminta bantuan dari pendamai (hakam). Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 35; وَاِن خِفْتٌمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا فَابْعَثُوا حَكَمًا مِّن اَهْلِهِ وَحَكَمًا مِّن اَهْلِهَا غِن يُّرِيْدَآ اِصْلَاحًا يُّوَفِّقِاللهُ بَيْنَهُمَا اِنَّ اللهَ كَانَ عَلِيمًا خَبِيرًا ﴿٣٥﴾ Maksudnya: “Dan jika kamu khawatir terjadi persengketaan antara keduanya, maka kirimlah seorang juru damai dari keluarga laki-laki dan seorang juru damai dari keluarga perempuan. Jika keduanya (juru damai itu) bermaksud mengadakan perbaikan, nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri itu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha teliti”. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.