Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum tuan mufti, sejak akhir akhir ini, umat manusia sekarang ini sedang dilanda wabak penyakit yang dikenali sebagai covid 19, semua orang diperintahkan duduk di rumah, pada masa yang sama ramai yang telah dibuang kerja dan tidak mendpatkan pekerjaan yang terbaik, oleh itu sebahagian orang mulai sedar bahawa dengan bermain game boleh mendatangkan hasil yang lumayan, contohnya seperti menjadi content creator (youtuber) atau menjadi streamer....oleh yang demikian, para streamer ini akan bermain game secara live dan hasilnya mereka akan dibayar atau menerima wang daripada penonton yang melihat kelagat dan hiburan yang diberikan oleh streamer.......soalannya...apakah hukum memberi dan menerima bintang( star) ketika streaming di facebook
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, Jika membuat streaming di facebook itu bertujuan untuk memberi manfaat dan kebaikan kepada agama dan masyarakat serta bertujuan menyebarkan dakwah adalah digalakkan. Dan boleh mengambil manfaat daripada pendapatan yang diperolehi daripadanya. Namun sekiranya penggunaan bertujuan untuk melakukan kemaksiatan serta boleh mendatangkan kepada perkara yang diharamkan syara’, maka penggunaannya serta memperolehi pendapatan daripadanya adalah diharamkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.