BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum....Sy selalu terlajak solat subuh..Adakah sah solat dhuha tetapi tak solat subuh. Bukan sengaja tetapi terlajak tidur. Dan apakah hukumnya solat dhuha tapi tak solat dhuha. Mohon penjelasan. Tks.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, perkara yang sepatutnya dilakukan apabila terlepas waktu subuh disebabkan tidur adalah dengan segera solat subuh apabila tersedar dari tidur. Setelah itu barulah dilaksanakan solat sunat dhuha atau ibadah sunat yang lain. Daripada Anas bin Malik RA, Sesungguhnya Nabi SAW bersabda;مَن نسِيَ صلاةً، أو نامَ عنها، فكفَّارتُها أن يُصلِّيها إذا ذكَرَها Maksudnya: “Sesiapa yang meninggalkan solat disebabkan lupa atau tidur maka kaffarahnya (dendanya) adalah segera solat apabila ingat (sedar)”.(Riwayat Bukhari) Solat sunat dhuha sah jika dilaksanakan pada waktunya walaupun tidak solat subuh. Akan tetapi perbuatan tersebut bercanggah dengan pedoman Rasulullah SAW di dalam hadis di atas dan berdosa kerana melengahkan ibadah wajib (solat subuh) dengan mengutamakan ibadah sunat (solat dhuha). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 139

message user image