BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya Lelaki bujang yang kerap kali megalami keluarnya cecair seakan-akan mani atau mazi apabila membuang air besar atau air kecil. Saya telah membaca pelbagai artikal berkenaan air mazi, mani dan wadi. Saya masih keliru dan tidak pasti mengapa saya kerap kali terkeluar jenis cecair sedemkian. Ia satu punca saya kerap onani bagi keluarkan air mani untuk mengelakan keluarnya cecair sedemikian ketika buang air besar atau kecil. Jika saya beronani tiada masalah spt ini berlaku. Jika saya tidak beronani cecair sedemikian akan keluar dan saya keliru adakah ia cecair mani yang keluar kerana tidak lama beronani. Cecair yang keluar adalah seakan mani dan kadangkala spt mazi, kadangakala adalah keputihan kental dan juga yang melekit. Saya harap pihak tuan dapat memberi penjelasan bagi memudahkan urusan solat.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara seorang lelaki perlu membezakan jenis cecair yamg keluar melalui kemaluannya kerana ia berkait dengan bab bersuci (thaharah) yang akan menentukan sah atau batal sesuatu ibadah. Terdapat tiga jenis cecair yang keluar melalui kemaluan hadapan seorang lelaki yang kelihatan seakan sama tetapi hakikatnya berbeza adalah: i. Air Mani. Air dan benih yang terpancut keluar dari alat kelamin lelaki ketika bersetubuh atau apabila mencapai puncak syahwat. Keluar air mani menyebabkan seseorang berhadas besar dan diwajibkan mandi junub. Air mani tidak najis tetapi disunatkan basuh. ii. Air Mazi. Air putih melekit keluar daripada alat kelamin, keluar tanpa syahwat yang kuat ketika terangsang. Keluar air mazi akan menyebabkan wuduk terbatal (hadas kecil) dan wajib dicuci kerana ia adalah najis. iii. Air Wadi. Air putih yang pekat kental yang keluar dari kemaluan selepas kencing atau selepas mengangkat bendar berat. Keluar air wadi akan menyebabkan wuduk terbatal (hadas kecil) dan wajib dicuci kerana ia adalah najis. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 119

message user image