BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Sekiranya saya sudah menceraikan bekas isteri saya dua bulan yang lepas buat kali kedua, tapi bekas isteri saya itu seperti orang gila talak masih mahu mengganggu kehidupan saya. Bolehkah saya menceraikannya dengan talak tiga sekarang (bekas isteri dikira masih dalam iddah)?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, kuasa talak adalah terletak di tangan suami. Sebaiknya berbincang secara baik dengan bekas isteri. Talak tiga tidak akan jatuh selagi tidak rujuk terlebih dahulu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 96

message user image