BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum tuan, Saya ingin meminta pendapat dari pihak tuan apakah hukum/yang patut saya dan suami lakukan kerana pada awal tahun ini saya dah suami telah bernazar untuk mengerjakan umrah pada tahun ini sekiranya suami saya berjaya mendapat perkerjaan yang dia ingini, dan Alhamdulillah hajat suami telah tercapai namun disebabkan keadaan wabak pendemik sekarang yang mana tidak dibenarkan keluar negara dan hajat ini tidak dapat kami tunaikan, apa kah yang harus kami lakukan dan kami sememangnya berniat sekiranya dibenarkan keluar negara dan mengerjakan umrah, kami akan segera menunaikan hajat ini namun apakah kami perlu membayar denda kerana hajat ini tidak dapat kami tunaikan pada tahun ini seperti yang telah kami nazarkan, mohon pencerahan dari pihak tuan, terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, oleh kerana dalam nazar telah ditentukan pada tahun ini, maka puan dan suami wajib menunaikan pada tahun ini juga. Oleh kerana ada halangan dan bukan cuai(uzur syar’i), maka tidak berdosa tetapi wajib qada’. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 123

message user image