Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Gusi gig saya berdarah dan saya tertelan darah itu. Saya berkumur untuk membasuh seluruh mulut saya. Adakah saya perlu menelan air untuk membasuh tekak dan kerongkong saya?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, cukup dan memadai dengan berkumur untuk membasuh dan membersihkan mulut dari gusi yang berdarah serta tiada halangan untuk tuan minum air bagi membasuh tekak dan kerongkong tuan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.