Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
situasi pertama : sy sdng menonton tv bersama suami.dan movie yg sy tonton itu melibatkan isteri yg curang. suami sy berkata:kenape perlu curang,mintak cerai. adakah jatuh talak bila suami kata begitu?Situasi kedua: Sy nak tanya.Sy bergaduh dengan suami sya pasal masalah kewangan. dan dia cakap Kita pisah sajalah. Lagipun kita tak kan kekal lama. Pergi la kalau nak pergi dengan jantan lain.Bila sy tanya dia apa maksud dengan kata berpisah. Dia cakap dia tidak berniat untuk cerai. Dia hanya suruh sy pergi kalau sy nak pergi. Sebab dia bukan berduit. Sy banyak kali tanya apa niat dia. Dia cakap tak ada niat cerai.Suami sy cakap kalau dia nk cerai. Dia sudah sebut perkataan "cerai". Sebab dia masih boleh fikir dan waras. Adakah jatuh talak? Mohon penjelasan. Adakah jatuh talak?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, 1. Tidak jatuh talaq kerana rukun talaq tidak sempurna. Lafaz itu tidak disandarkan kepada isterinya, ia hanya komentar suami terhadap movie yang puan dan suami tonton bersama. 2. Lafaz suami puan tersebut adalah lafaz kinayah. Lafaz kinayah ialah suatu lafaz yang boleh bererti talak dan boleh pula membawa erti yang lain. Lafaz itu haruslah dilihat hubungannya dengan suasana sebelum dan sesudahnya serta tanda-tanda (qarinah) yang mempertegas erti yang dimaksudkan dan juga niat pihak suami. Contoh lafaz kinayah – (a) “Baliklah kamu kepada ibu bapa kamu”; (b) “Saya tak hendak kepada kamu lagi”; (c) “Mulai hari ini berpisahlah kita berdua”. Kesan perkataan-perkataan atau lafaz-lafaz seperti di atas bergantung pada niat suami yang melafazkannya itu. Jika dia berniat menceraikan isterinya, terjadilah perceraian. Oleh kerana suami puan tiada berniat, lafaz tersebut tidak memberi kesan perceraian. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.