BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Ustaz.. Sy nak tanya apa hukumnya jika seorang suami cakap pada isterinya kalau nak buat apa2 lepas nie nak keluar ke apa ke tak perlu bagitau dia, tak perlu minta izin dia, buat la apa nak buat. Ikut la. (*cakap dalam keadaan marah disebabkan sedikit pergaduhan. Suami isteri tinggal berasingan) Dan apa pula hukumnya jika isteri mentaati ikut je apa yang suami cakap tu? Contohnya keluar bekerja atau ke mana2 tak inform dan tak minta izin dari suami terlebih dahulu disebabkan suami dah cakap macam tu pada dia? Harap Ustaz dapat berikan jawapan dan penjelasan yang jelas. Terima kasih banyak, Ustaz. Assalamualaikum..


message user image

Jawapan  

Islam menetapkan bahawa seorang isteri perlu mendapatkan keizinan suaminya jika hendak keluar rumah. Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: "Hendaklah kamu tetap di rumah kamu dan jangan sekali-kali kamu keluar sebagaimana orang jahiliah yang dahulu." (Surah al-Ahzab, ayat 33) Ungkapan suami puan dalam keadaan marah boleh dianggap sebagai satu kebenaran untuk keluar rumah tanpa perlu meminta izin terlebih dahulu. Namun, ia juga boleh bermaksud satu luahan kekecewaan seorang suami terhadap isterinya yang keluar rumah tanpa meminta izinnya terlebih dahulu. Hidup berumahtangga memerlukan satu bentuk komunikasi yang berkesan agar rumahtangga yang dibina kekal bahagia. Sebagai seorang isteri yang solehah, puan hendaklah berkomunikasi dengan cara yang baik dengan suami dan mintalah izin daripadanya terlebih dahulu. Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 34: الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ اللهُ بَعْضَهُمْ عَلٰى بَعْضٍ وَّبِمَاۤ اَنْفَقُوا مِن اَمْوَالِهِمۗ فَالصَّٰلحٰتُ قٰنِتٰتٌ حٰفِظٰتٌ لّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللهُۗ والّٰتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُهُنَّ فِى الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّۚ فَإِن اَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًاۗ إِنَّ اللهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا ﴿٣٤﴾ Maksudnya: “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang solehah, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar”. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 210

message user image