BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Banyak yang ingin saya tanya di sini. Suami saya menikah lain tanpa pengetahuan saya. Selepas 2 tahun baru saya tahu, dan dia belum mendaftar lagi pernikahan tersebut. Dia berjumpa isteri kedua secara sembunyi2 tanpa saya tahu. Suami saya bukan seorang yang mampu menanggung walaupun seorag isteri. Dia kerja sendiri dengan pendapatan tidak menentu. Saya sebagai isteri yang banyak sara keluarga. Dia jugak tidak mampu beri nafkah kepada saya. Soalannya disini, apakah berdosa saya melarang dia berjumpa isterinya memandangkan dia tidak mampu dari segi kewangan untuk ke sana. Kami di kuala lumpur. Isterinya di johor. Saya jugak tak benarkan sebab kereta yang digunakan adalah kereta saya. Kejamkah saya? Soalan ke-2. Mereka belum mendaftar pernikahan walau sudah 2 tahun. Apakah denda keatas mereka? Soalan ke-3. Selepas kantoi pernikahan ke-2 ini. Suami tidak memperduli isteri ke-2 kerana saya tidak terima bermadu, dan saya tidak redha. Soalan ke-4. Apakah berdosa saya menasihatkan dia menceraikan isteri ke-2 kerana dia memang tidak mampu langsung. Kerana bagi saya pernikahan antara dia dan isteri ke-2 ini tidak menguntungkan isteri ke2. Macam menganiaya. Kerana faktor jarak, susah berjumpa. Faktor kewangan. Soalan-5: Adakah jatuh talak jika suami lafazkan talak ke atas isteri yang belum di daftarkan pernikahan. Mereka berkahwin secara sembunyi melalui ejen.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, 1. Isteri tidak berhak untuk melarang suaminya berjumpa dengan isteri keduanya, jika sah perkahwinannya. Suami perlu menjalankan tanggungjawabnya yang wajib kepada semua isterinya. 2. Pernikahan tersebut perlu dibuat pengesahan oleh pihak Mahkamah Syariah dan perlu didaftarkan mengikut Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri. Berkaitan dengan denda, ia akan diputuskan oleh pihak Mahkamah Syariah. 3. Walaupun telah bernikah dengan isteri kedua, suami juga mempunyai tanggungjawab dan nafkah juga perlu diberikan kepada semua isterinya. 4. Adalah berdosa menasihatkan mana-mana pasangan untuk bercerai tanpa sebab-sebab yang dibenarkan oleh syarak. 5. Talak tetap jatuh walaupun perikahan tersebut belum didaftarkan dengan syarat, pernikahan tersebut adalah sah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 158

message user image