BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Saya akan mengadakan majlis aqiqah buat anak lelaki saya. Bolehkah seekor dari kambing itu dimasak secara golek/dibuat kambing golek untuk majlis aqiqah? Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan/puan, Aqiqah menurut bahasa ertinya “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi pada kala  waktu lahirnya.” Menurut istilah hukum syarak  aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.” Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”.(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)Antara sunat aqiqah ialah: 1.Daging aqiqah lebih utama disedekah kepada fakir miskin dan boleh juga kepada orang-orang kaya dalam keadaan sudah dimasak. Hadis riwayat Al-Baihaqi dari Aisyah menyatakan bahawa: “Menyedekahkan daging aqiqah dalam keadaan sudah dimasak itu adalah sunnah.”  2.Daging aqiqah sunat dimasak dengan yang manis-manis, dengan doa harapan agar akhlak dan kelakuan anak itu kelak menjadi manis dipandang orang. 3.Tulang-tulang haiwan aqiqah sunat dipotong pada sendi-sendinya.Kesimpulannya, harus untuk dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Namun sunnah kepada amalan ini adalah masakan yang manis-manis. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 211

message user image