BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Salam Ustaz. Adik saya mengalami keguguran yang berusia lebih kurang 7 minggu pada sebelah malam. Beliau tidak tahu apa yang perlu dibuat pada ketika itu. Beliau telah meminta Suaminya untuk mendapatkan pandangan atau carian di Internet berkaitan hal tersebut. Namun, Suaminya telah meminta beliau membuangnya terus ke dalam tandas seperti kedua-duanya (Suami Isteri) juga tidak mempunyai pengetahuan berkaitan pengurusan keguguran janin. Akhirnya, mereka telah menguruskan janin tersebut dengan cara yang salah dengan membuangnya masuk dalam lubang bilik air. Ini sangat beliau sesalkan. Apa yang patut beliau lakukan sekarang? Boleh Ustaz bantu untuk mengurangkan kekusutan yang dialami dan dapat membantu menenangkan jiwa dan perasaan beliau? Suaminya turut berasa kesal dengan perkara tersebut kerana ceteknya pengalaman berhubung pengurusan keguguran janin di awal kehamilan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, dari Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud RA, dia berkata Rasulullah S.A.W telah bercerita kepada kami; إنَّ أَحَدَكُم يُجْمَعُ خلقُهُ فِيْ بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا نُطْفَةً، ثُمَّ يَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُوْنُ مُضْغَةً مِثلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ الْمَلَكُ فيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ Maksudnya: “Sesungguhnya setiap seorang dari kamu dikumpulkan penciptaannya dalam perut ibunya selama empat puluh hari (dalam bentuk) nuthfah (setitis air), kemudian menjadi segumpal darah dalam tempoh seperti itu, lalu menjadi segumpal daging dalam tempoh seperti itu, kemudian diutus malaikat kepadanya, lalu ia meniupkan ruh padanya”. Berdasarkan hadis di atas, para ulamak berpandangan bahawa janin yang berusia kurang daripada 120 hari tidak dihukum sebagai manusia atau bayi, kerana dalam tempoh itu janin tersebut belum ditiupkan ruh atau belum bernyawa sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis di atas. Oleh itu, pengurusannya juga tidak terikat dengan tatacara pengurusan jenazah biasa iaitu tidak perlu dimandikan, dikafan mahupun disolatkan. Sebaiknya memadai dengan ditanam sahaja. Adapun perbuatan membuang janin tersebut ke dalam tandas adalah kurang elok. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 187

message user image