BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam .. sy nk tanya ..apa hukumnya jika seorang habib keturunan rasullullah saw ..menyeru kita kepada syirik ..contohnya ..mnyeru memberi makanan kepada SAKA dgn niat kesembuhan


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, haram hukumnya menuruti seruan sesiapa pun untuk melakukan perbuatan syirik kepada Allah SWT. Umat Islam diseru untuk berbuat makruf dan meninggalkan berbuat kemungkaran, bukan sebaliknya. Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 13: إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ Maksudnya:“Sesungguhnya mempersekutukan Allah (syirik) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” Memberi makan kepada saka dengan niat kesembuhan termasuk dalam kategori syirik kerana memohon kepada selain Allah S.W.T. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 187

message user image