Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Situasi saya adalah individu yang dilantik menguruskan sumbangan untuk kematian. Dari awal sumbangan org ramai yang dibuat adalah atas nama arwah. Masalah sekarang ,Ketua saya tidak bersetuju untuk berikan semua hasil sumbangan kepada waris si mati.Hanya sebahagian sahaja akan di berikan kepada waris simati. Alasannya sebahagian lagi akan diberikan kepada org lain yang memerlukan.. Adakah boleh berbuat sedemikian? Apakah hukumnya? Mohon pencerahan..terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, disebabkan kutipan sumbangan adalah diniatkan untuk arwah, jadi para penderma berniat menderma adalah kepada arwah yang dinyatakan. Pihak puan hanya wakil untuk menyampaikan sumbangan tersebut, maka tidak boleh menukar niat para penderma. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.