BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum.Soalan saya bolehkah sekiranya saya ingin menggunakan tanah terbiar seperti di hutan,kawasan berbukit dan ditepian laut yang tidak dimiliki sesiapa untuk tujuan menanam pokok dan tidak berniat untuk penanaman secara besar-besaran. Gusar sekiranya saya mengambil hasil dari sumber yang tidak sepatutnya.Terima Kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, setiap yang berkaitan dengan awam maka ia ada penjaga dan pengurusannya (mutawalli) dan setiap urusan tanah adalah di bawah bidang kuasa negeri termasuklah tanah-tanah terbiar seperti di hutan, kawasan berbukit dan di tepian laut yang tidak dimiliki oleh individu. Dalam perkara ini, sebaiknya hendaklah mendapat keizinan terlebih dahulu daripada pihak kerajaan negeri untuk mengusahakannya walaupun projek pertanian tersebut dalam skala yang kecil. Boleh rujuk lebih lanjut ke Pejabat Daerah dan Tanah berkaitan atau Pihak Berkuasa Tempatan(PBT).Berkenaan hasil daripada tanaman tersebut boleh diambil dan dijual serta hukumnya adalah halal. Namun perbuatan menanam di atas tanah tanpa kebenaran adalah satu kesalahan. Walaubagaimanapun, dalam Kanun Tanah Negara (KTN), apabila kerajaan ingin mengambil tanah berkenaan, pengusaha tidak dapat menuntut pampasan atas kerugiannya kerana dia mengusahakan sesuatu bukan atas tanah miliknya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 156

message user image