BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. 2 hari lepas, saya ada membeli syelek utk mengecat pintu rumah. Selepas selesai mengecat, baru disedari syelek yang saya beli, dilabelkan 'non halal'. Tapi, saya tak pasti apakah bahan yang digunakan sehingga produk tersebut dilabelkan 'non halal'. Mungkin alkohol atau babi? Soalan saya: 1. Apakah hukum saya menggunakan produk 'non halal' tanpa disengajakan? 2. Apakah yang perlu saya lakukan terhadap pintu yang telah saya cat dengan produk 'non halal' tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum menggunakan cat syelek pintu rumah yang telah terbukti kesahihannya mengandungi unsur “non halal” tanpa disengajakan adalah dimaafkan oleh syarak. Ini bermaksud pintu yang telah disyelek tidak wajib disertu dan boleh digunakan tanpa dikikis cat syelek tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 82

message user image