BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam. Saya dah lama nak tanya 1 soalan ni. Harap pihak tuan boleh memperjelaskannya. Mak sy ni selalu pergi berzikir dengan meraka yang berilmu ni. Sy percaya, berzikir solat hajat apa semua yang mak sy buat ni betul. Yang sy musykil, orang yang mengetuai zikir apa semua tu dia ada ‘wali’. Wali yang alam ghaib tu. Boleh percaya ke???? mak sy pergi sekali berzikir tu untuk minta tolong ‘orang berilmu’ tu berdoa untuk dapatkan harta di somewhere2 yang dikatakan ada harta kepunyaan seseorang ni. Jadinya, seseorang ni nak share harta yang dia ada tu jugak kepada orang2 sekeliling dia tu. Tapi dalam mereka berzikir, buat solat hajat apa semua, ada perantaraan yang dipanggil ‘bonda’ iaitu wali tu lah. dia macam jasad yang mati tapi ‘jiwa’ tu masih ada. Perantaraan itu yang akan tolong mereka ni sambil2 mereka berzikir. Betul ke ni tuan? wujud dan boleh ke? syirik tak?? mohon perjelaskan ya tuan. sy dah banyak kali bertekak dengan mak sy pasal ni.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan, zikir, solat hajat itu merupakan amalan baik yang dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, adalah dibimbangi ia hanya dijadikan alasan untuk mendapatkan pengikut-pengikutnya, kerana terdapat kepercayaan yang meragukan yang boleh menyelewengkan akidah dan amalan serta tujuan yang bercanggah dengan syarak, mempercaya wali di alam ghaib, berdoa untuk mendapatkan harta yang tidak jelas sumbernya adalah bercanggah dengan syariat Islam. Begitu juga dengan penggunaan perantaraan yang dipanggil “bonda” yang dikatakan wali, yang diminta pertolongannya, boleh membawa kepada syirik, walaupun dikatakan sambil berzikir.Walau apapun dia adalah emak kita yang perlu dihormati, elakkan daripada cara teguran yang boleh menyebabkan kita menjadi anak yang derhaka kerana kebiasannya pengikut sesuatu ajaran atau amalan yang meragukan telah diikat oleh suatu janji (ba’iah) yang tidak mudah untuk dikembalikan. Ada baiknya jika, dapatkan maklumat lanjut tentang perkara tersebut, kemudian membuat aduan kepada Bahagian Pembangunan Dan Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Selangor, agar dibuat penyiasatan lanjut, supaya dapat diperbetulkan jika jelas menyeleweng dan tidak mempengaruhi orang-orang lain. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 92

message user image