BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz/ustazah. Saya mempunyai 2 org anak perempuan masing2 berumur 26 dan 22 tahun. Bila saya bercakap isu tentang perkara2 tidak baik/kesilapan yg dilakukan oleh anak2 terhadap ibu bapa mereka sering akan menjawab 'anak2 tidak minta pun dilahirkan' seolah2 menjadi satu kesalahan pada ibu bapa melahirkan anak2 mereka dan kadang2 saya sgt berkecil hati dgn jawapan mereka itu. Saya ingin memohon bantuan apakah kenyataan yg tepat yg perlu saya jawab bagi soalan seperti itu...Terima kasih ustaz/ustazah


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, mendidik anak-anak adalah satu kewajipan dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak. Tanggungjawab membesar dan mendidik mereka bukanlah suatu perkara yang mudah dan pastinya mempunyai seribu satu cabaran dan ujian. Ia juga satu tugas yang berpanjangan walaupun anak-anak telah dewasa dan telah berkeluarga serta mempunyai keluarga sendiri. Tugas mendidik, membimbing dan menasihati akan tetap berpanjangan dan berterusan selamanya. Puan boleh menasihati anak-anak dan menjelaskan bahawa segala yang ada di bumi, semua kejadian yang berlaku, semua ciptaan yang ada adalah atas kehendak dan ketentuan Allah. Allah Maha Besar, Maha Mengetahui, Maha Pencipta apa sahaja yang dikehendakinya. Walau pun mungkin mereka tidak berkehendak untuk lahir ke dunia tetapi Allah yang Maha Berkuasa menghendaki untuk mereka ada dan dilahirkan ke dunia. Jelaskan kepada mereka sebagai manusia dan hambaNya kita dilarang untuk mempertikaikan setiap kejadian dan ciptaan Yang Maha Esa. Adalah didoakan agar puan sentiasa bersabar di atas segala ujian dan dugaan dalam membimbing dan mendidik anak-anak. Jangan berputus asa atau berputus harap di atas apa yang berlaku. Terus berdoa agar mereka sentiasa dirahmati dan menjadi anak-anak solehah yang sentiasa berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 168

message user image