BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Soalan: Assalamualaikum tuan/puan yg sy hormati. Saya nak tanya, kerajaan membenarkan pengeluaran kwsp sehingga 10k untuk golongan yg ditetapkan mengijut syarat..Saya layak untuk pengeluaran tersebut..Saya nak tahu sekiranya wang kwsp tersebut selama ni dilaburkan pada pelaburan tak patuh syariah, yang mana saya tak pernah tukar kan ke patuh syariah sebab tak tahu pasal ni. Jadi sekiranya wang kwsp ni saya dapat nanti, bahagian mana yg saya boleh gunakan dan selebihnya apa patut dibuat..lagi satu memang semua dividen tu memang tak boleh ambil langsung atau boleh ambil sedikit sebab pelaburan mungkin ada ke pelaburan yg halal juga..saya tak ada idea pasal ni..boleh pihak tuan bagi pencerahan.tq


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan/puan, Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP menasihati ahli-ahli beragama Islam untuk menukar pelaburan konvensional mereka kepada pelaburan patuh syariah atau menebus atau mencairkan pelaburan konvensional yang dibuat. Sebagai orang yang beragama Islam, adalah menjadi suatu kewajipan bagi mereka untuk memastikan setiap urusan termasuk apa-apa yang berkaitan dengan urusan harta dan kewangan mereka mematuhi syariah. Mereka juga dinasihatkan untuk menyucikan apa-apa keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan konvensional itu, sekiranya ada. Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) telah memutuskan ahli yang bertukar ke Simpanan Shariah dikecualikan daripada melakukan penyucian dividen. Walau bagaimanapun, ahli yang masih ingin melakukan penyucian dividen dinasihatkan untuk mengikuti garis panduan dan Sekiranya syarat-syarat ini tidak dipenuhi, ahli dinasihatkan untuk tidak melakukan penyucian, iaitu: a. Ahli perlu memastikan penyucian dividen yang hendak dilakukan itu tidak memudharatkan sehingga menjejaskan perbelanjaan asas diri sendiri serta tanggungannya. b. Bagi ahli yang mencapai umur 50 tahun, jumlah simpanan KWSP setelah ditolak hutang (sekiranya ada) mestilah melebihi Simpanan Minimum yang ditetapkan iaitu sekiranya di semenanjung Malaysia sebanyak RM223,200. c.Bagi ahli yang belum mencapai umur 50 tahun, pendapatan kasar bulanan isi rumah mestilah melebihi RM2,600. d. Penyucian hanya dilakukan pada kadar 50% daripada jumlah dividen. Jumlah dividen hendaklah ditentukan seperti berikut:- i. Bagi ahli yang telah membuat pengeluaran penuh: Jumlah dividen yang dikreditkan ke akaun ahli setiap tahun sehingga dividen terakhir yang dibayar bagi pengeluaran penuh; atau ii. Bagi ahli yang telah memilih Simpanan Shariah: Jumlah dividen yang dikreditkan ke akaun ahli setiap tahun sehingga dividen Simpanan Konvensional terakhir. Amaun penyucian hendaklah disalurkan kepada aktiviti-aktiviti kebajikan seperti bantuan fakir miskin, bencana alam, kos perubatan dan penjagaan kesihatan, kos pendidikan dan pembinaan/penyediaan kemudahan awam sama ada:- i. melalui Baitulmal di Majlis Agama Islam negeri masing-masing atau persatuan/ pertubuhan yang berdaftar sebagai badan kebajikan; atau ii. secara langsung kepada pihak yang memerlukan bantuan kewangan terutama sekali ahli keluarga yang tidak berkemampuan selain daripada ibubapa, isteri dan anak-anak (tanggungan wajib). Kesimpulannya, puan boleh berurusan lanjut dengan pihak KWSP berkaitan pertanyaan lanjut dari isu ini. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 79

message user image