BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya jatuh ke talak kalau terlepas cakap sewaktu bergurau dgn rakan contoh isteri saya sedang mengandung dan rakan bertanya anak yang keberapa dah. Mereka kata lagi bukan dulu dah ada anak ke, saya jawab tak lah itu anak isteri pertama dan kedua tapi cerai dah. Saya risau ustaz gurauan dan terlepas cakap boleh jatuh cerai bini saya sedang mengandung anak pertama.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, sekiranya tuan memang telah bercerai dengan isteri pertama dan kedua dahulu, maka gurauan tersebut tidaklah jatuh talak, kerana lafaz talak tidak ditujukan kepada isteri yang sedia ada yang masih dalam pernikahan yang sah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 139

message user image