BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya beli sekeping tanah 10tahun lalu.Saya berkerjasama dengan Pemaju Perumahan untuk buat rumah.Hasilnya saya dapat untung sebanyak RM2.5Juta. ADAKAH SAYA KENA BAYAR ZAKAT?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, keuntungan yang diterima sebanyak RM2.5 juta hasil membuat rumah atas tanah yang dimiliki hendaklah dizakatkan kerana telah menepati syarat wajib zakat iaitu cukup nisab dengan nilaian 85 gram emas. Zakat ini dikategorikan sebagai Zakat Pendapatan (Zakat Harta al-Mustaghallat) iaitu segala harta yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan atau pendapatan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya. Sehubungan itu, pihak Tuan boleh merujuk kepada pihak cawangan zakat yang berhampiran bagi pembayaran zakat tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 61

message user image