Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Asalamualaikum ustaz. Soalan saya ialah jlnraya rumah saya sering dilalui anjing2 liar. Kdg2 kala meninggalkan kesan tanah tapak kaki nya. Bila saya lalu dan dikuwatiri dmterpijak kesan tanah tapak kaki anjing itu di atas jln raya yg masih lembab dgn kasut adakah kasut kita menjadi najis mughalazah? Adakah perlu di sertu kasut saya? Kalau kasut iti memijak pulak lantai kaki lima rumah.adakah najis berpindah ke lantai rumah pula?boleh ustaz tolong beri penjelasan supaya saya tak terus kebingungan..
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, anjing dan khinzir dianggap sebagai najis mughalazah (berat) dalam mazhab syafie. Cara untuk menyucikannya adalah dengan tujuh kali basuhan air yang mana salah satunya menggunakan air yang dicampur dengan tanah seperti hadis sahih riwayat al-Bukhari. Pembersihan itu dilakukan apabila najis jelas kelihatan seperti tahi, air kencing dan selainnya sehingga hilang bau, rasa dan warna. Jika najis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqhiyyah menyatakan: "Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan". Ini kerana pada asalnya, tiada najis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka tidak perlu disertu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.