BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya mau tanya..apakah bisnes Food Delivery itu ada unsur riba..kerana Food Delivery service provider mendapat keuntungan dari jualan makanan yg dibuat oleh orang lain..makanan itu dibuat oleh orang lain..tetapi dijual oleh orang lain tanpa dia memiliki dulu makanan itu..maksudnya terjadi transaksi jual beli yg barang dagangan itu milik orang lain..sedangkan food delivery service provider mendapat keuntungan hasil dr penat lelah org lain..apakah hasil pendapatan ini adalah haram kerana jatuh dlm salah satu dr cabang riba..mohon dpt beri penjelasan


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan, Food delivery sevice provider ialah aplikasi penghantar makanan yang digunakan bagi menyediakan platform jualan kepada peniaga dan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan. Antara yang popular ketika ini adalah grab food, foodpanda, bungkus it dan sebagainya. Syarikat-syarikat ini mengenakan caj ke atas perkhidmatan menyediakan platform kepada peniaga, mengambil dan menghantar makanan terus ke rumah pelanggan. Caj yang dikenakan ini dianggap sebagai upah atau balasan atas pekerjaan atau usaha yang dilakukan. Dalam perbahasan fiqh Islam, konsep ini dipanggil sebagai ujrah iaitu menggunakan khidmat seseorang atau syarikat dengan memberi upah atau balasan kepadanya berdasarkan kadar khidmat yang dilakukan. Firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 26: قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ Maksudnya: “salah seorang dari kedua wanita itu berkata: "Ya bapakku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya". Kesimpulannya, hukum mengambil upah tersebut adalah harus dan ia tidaklah dianggap sebagai riba. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 159

message user image