Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Tolong periksakan untuk saya tentang link ini,link ini diberi kepada saya oleh pembuat video di youtube setelah saya meminta dia untuk meyakinkan saya keluar dari islam dan meminta dia untuk beri bukti spesifik saya berharap untuk mendapat penerangan sama ada ini adalah palsu atau hanyalah hadis dhaif ,lagipun saya lebih mempercayai ayat ayat suci alquran berbanding ayat yang dikatakan hadis jika ianya palsu,berharap kenyataan itu disertakan dengan bukti ianya palsu ,terima kasih. https://muflihun.com/nasai/36/3411
Jawapan
Terima kasih kepada tuan sudi bertanya, merujuk kepada persoalan tuan setelah jabatan ini melihat link yang dilampirkan, didapati ianya berkaitan hadis kisah ummahatul mukminin (isteri-isteri rasulullah SAW R.A.) seperti berikut:- أَخْبَرْنِي إِبْرَاهِيمُ بن يُونُسُ بن مُحَمَّدٍ , حَرَمِيٌّ - هُو لَقَبُهُ - قَالَ حَدَّثُنَا أَبِي قَالَ , حَدَّثُنَا حَمَّادُ بن سَلَمَةَ , عَن ثَابِتٍ , عَن أَنَسٍ , أنَّ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم كانت له أمةٌ يطؤُها فلم تزلْ به عائشةُ وحفصةُ حتَّى حرَّمها على نفسِه فأنزل اللهُ عزَّ وجلَّ : { يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللهُ لَكَ } .إِلَى آخِرِ الآية Maksudnya: “Telah mengkhabarkan kepada kami Ibrahim bin Yunus bin Muhammad Harami itu (adalah nama panggilannya), ia berkata; telah menceritakan kepada kami (ayahku), ia berkata; telah menceritakan kepada kami Hammad bin Salamah dari Tsabit dari Anas bahawa Rasulullah SAW memiliki budak yang beliau gauli, dan Aisyah serta Hafsah masih berada bersama beliau hingga beliau mengharamkan atas diri beliau, kemudian Allah Azza wa jalla menurunkan ayat: Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu.. sampai akhir ayat”. Hadis ini telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA yang telah direkodkan di dalam Kitab Sunan Nasaie dengan sanad yang sahih. Kita boleh menceritakan kisah ini tetapi kita perlu berhati-hati dalam menyampaikannya agar tidak berlaku sebarang syubhah dan kesilapan maklumat terhadap Rasulullah SAW. Kisah ini juga telah dijadikan hujjah golongan yang cuba untuk merendah-rendahkan rasulullah SAW dengan perbuatan baginda dengan isteri-isteriNya R.A. Sebaiknya jika terdapat kemusykilan berkaitan maklumat agama Islam, pihak tuan perlu merujuk institusi agama untuk mendapatkan maklumat yang sebenar. Semoga tuan sentiasa dikurniakan keyakinan dengan agama Islam serta tidak terpedaya dengan hasutan dengan cerita-cerita yang memburukkan agama Islam. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.