BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Bolehkah kita membina kepok nisan dan batu nisan di kubur?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum membina kepok nisan dan batu nisan di kubur adalah harus dengan syarat tujuan binaanya adalah untuk menjaga dan memelihara pusara daripada hakisan air atau struktur tanah yang lembut dan mengelak daripada pencerobohan binatang liar, seperti dikorek binatang atau takut dipijak orang, untuk membezakan antara tanah kubur dan bukan tanah kubur, binaan kepuk rendah dan tidak menunjukkan kepada pembaziran yang ditegah dalam Islam dan melebihi kawasan yang sepatutnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 119

message user image