BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam. Bangunan di tempat saya bekerja mempunyai surau yang kecil dan dalam situasi COVID sekarang amat sukar untuk solat di surau kerana dihadkan hanya 2 orang sekali. Soalannya, boleh kah saya mengerjakan Zuhur & Asar secara Jamak?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, tidak boleh menjamak solat sepanjang tempoh anda bekerja dengan alasan tiada ruang yang sesuai untuk menunaikan solat di tempat kerja kerana surau sedia ada dihadkan hanya 2 orang bersolat dalam satu-satu masa disebabkan COVID-19 ini. Ini kerana sebenarnya solat itu boleh ditunaikan di mana-mana sahaja seperti di padang, tanah lapang, dilorong, di dalam bilik atau sebagainya asalkan tempat itu suci daripada najis. Bawalah sejadah ke tempat kerja bagi memudahkan untuk bersolat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 55

message user image