BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Pertanyaan: Apakah hukuman menjalankan rawatan PRP untuk muka?


message user image

Jawapan  

Merujuk persoalan puan, Platelet-Rich Plasma (PRP) adalah suatu rawatan yang berasaskan darah manusia. Elemen-elemen di dalam darah diasingkan dengan menggunakan mesin centrifuge untuk menghasilkan lapisan plasma dan platlet asli yang digunakan dalam kaedah rawatan PRP. PRP digunakan dalam rawatan kecantikan kerana rawatan ini berpotensi untuk digunakan ketika pembedahan plastik, peremajaan kulit, rambut gugur serta rawatan dalam bidang dermatologi seperti ulser kronik, ulser diabetik dan luka terbakar. Hukuman rawatan PRP termasuk antara jenis-jenis rawatan estetik sebagaimana diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke-3/2015 yang bersidang pada 11 Ogos 2015 bersamaan 26 Syawal 11436H bahawa: Harus menjalani rawatan estetik dan pembedahan plastik di sisi Islam dengan syarat tiada kemudharatan kepada kesihatan dan tidak merubah ciptaan Allah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 123

message user image