BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Pertanyaan: Assalamualaikum. Saya ada abang yang ikuti ajaran Nur Mutiara Makrifatullah dari Sulawesi Selatan,Indonesia.Dah setahun lebih dia terlibat.Dia dan isterinya tidak makan benda berdarah,hanya makan buah dan sayur saja.Katanya utk tujuan penyucian diri.Ramai juga ahlinya di Malaysia.Cawangan akn dibuka di Johor dan Selangor(Ulu Yam).Ada yang wakafkan tanah utk bina pondok.Ahli diMalaysia sedang bekerja kuat kutip dana pembinaan termasuk abang saya.Dia antara 7 orang AJK tertinggi yang dilantik untk uruskan kutipan dana.Sebagai AJK tertinggi dia perlu dapatkan dana rm35 ribu seorang.Dia ingin menjual 2 bidang tanah sawah pusaka bahagiannya dan meminta saya membelinya.Wang itu semuanya untuk infaq kpd pertubuhan tsb.Dia mendakwa telah sampai maqam makrifatullah dan tidak perlukan lagi harta dunia.Umurnya lebih 70 tahun.saya bimbang ajaran yang diikutinya terpesong dari akidah dan wang jualan tanahnya akan hangus begitu saja.Dia bersama ahli Malaysia pernah berkunjung ke pondok Yayasan Nur Mutiara Makrifatullah di Sulawesi pada awal tahun 2020.Sekarang bagaimanakah cara saya nk terangkan kepadanya ajaran itu agak meragukan.Perlukah saya membeli tanahnya dan bayar RM35 ribu spt yang diminta? T.kasih atas perhatian dn jawapan tuan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, sekiranya terdapat percanggahan dan kekeliruan di dalam ajaran tersebut, maka tuan wajib menasihati abang tuan untuk berhati-hati dalam menerima sebarang fahaman dan menyalurkan maklumat berkaitan ajaran tersebut kepada Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor. Firman Allah SWT di dalam surah al-Maidah; وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى الْاِثْمِ وَالْعُدْوَانِ واتَّقوا اللهَۗ إِنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ Mafhumnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”. (Surah al-Maidah ayat 2) Menasihati dan menyalurkan maklumat kepada pihak yang bertanggungjawab adalah salah satu kaedah tuan membantu ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran dan dosa sekiranya ajaran tersebut terbukti salah. Tuan dinasihatkan untuk tidak membeli tanah tersebut selagi belum disahkan oleh pihak berkuasa tentang hakikat ajaran tersebut samaada benar atau salah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 184

message user image