BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Bapa saya telah meninggal dunia pada tahun 1998 dan meninggal sebuah rumah.Pada tahun 2003, rumah ini telah ditukar kepada nama ibu saya setelah nenek saya (ibu kpd arwah bapa saya) menyerahkan bhg dia kpd ibu saya padatahun 2004,kakak ipar saya telah meminjamkan wang kepada mak saya untuk membuat renovation pada rumah tersebut. pada tahun 2009, saya telah membeli rumah ini & duit jualan tersebut mak saya telah tolak hutang kakak ipar dan selebihnya diagihkan mengikut kaedah faraid.. 1 bhg mak, baki dibhg kpd anak2 (2bhg lelaki, 1 bhg perempuan). soalan saya, adakah betul hutang kakak ipar itu ditolak dr jumlah jualan rumah tersebut? sebab pinjaman itu dibuat selepas arwah bapa saya meninggal.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, apabila rumah pusaka peninggalan arwah bapa dipindah milik kepada ibu puan pada tahun 2003, maka rumah tersebut telah menjadi milik ibu puan. Sekiranya berlaku urusan jual beli rumah tersebut, wang daripada jualan rumah juga menjadi milik kepada ibu puan. Apabila berlaku proses peminjaman wang oleh ibu puan bagi tujuan pengubahsuaian rumah tersebut selepas rumah tersebut dipindah milik, hutang tersebut adalah hutang ibu bukan lagi hutang arwah bapa. Pada tahun 2009, puan telah membeli rumah tersebut daripada ibu puan sendiri. Tindakan ibu puan menyelesaikan hutang kepada kakak ipar menggunapakai wang hasil jualan rumah tersebut adalah tidak salah kerana ibu yang meminjam dan ibu juga yang perlu membayar hutang tersebut. Wang yang berbaki hasil daripada jualan rumah selepas menyelesaikan hutang, tetap menjadi hak milik ibu. Ibu berhak untuk menyimpannya sendiri atau menggunakannya bagi tujuan lain seperti keputusannya untuk membahagikan wang tersebut antara dirinya dan anak-anak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 163

message user image