BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum... Adik lelaki saya berniaga bersama adik ipar perempuan dan mereka pergi dan balik berniaga bersama2 satu kereta bersama seorg pekerja lelaki...apakah hukumnya berniaga bersama adik ipar? Ada yang beritahu hukumnya haram...mohon penjelasan...Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, hukum adik lelaki bekerja bersama adik ipar perempuan adalah harus dengan syarat wajib menjaga batasan pergaulan iaitu tidak boleh berdua-duaan tanpa ditemani pekerja lain. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda: لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ ‏ Maksudnya: “Janganlah bersunyi-sunyian seorang lelaki dan perempuan (yang ajnabi) melainkan yang bersama-sama perempuan tersebut mahramnya”.(Hadith riwayat Muslim) Imam al-Nawawi dalam mensyarahkan hadith ini menyebutkan bahawa apabila seorang lelaki dan perempuan yang ajnabi duduk bersama dan tiada orang yang ketiga bersama-sama mereka, maka perbuatan tersebut adalah haram dengan ijma’ para ulama’. Justeru itu, perbuatan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi tanpa ditemani orang ketiga adalah haram dan dikira sebagai khalwat. Adalah dinasihatkan agar menjaga batas hubungan, terutamanya jika belum berkahwin kerana perkara tersebut boleh menimbulkan fitnah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 191

message user image