Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Salam..Saya ingin bertanya berkenaan Mandi wajib sekiranya selepas bersama Saya terus Mandi wajib dan selang beberapa minit selepas Mandi wajib terasa air Mani keluar lagi (air Mani suami) adakah Saya wajib Mandi semula. Dan kadang- kadang ia berlaku bukan sekali .
Jawapan
Terima kasih kepada puan yang bertanya. Merujuk kepada persoalan puan, sekiranya baki air mani suami masih mengalir setelah selesai mandi wajib, tidak perlu untuk mandi kali kedua dan cukup sekadar basuhkan dengan air dan perbaharui wuduk yang baru. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.