BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: saya pernah gugurkan kandungan sebanyak dua kali dalam tempoh perkahwinan dengan alasan tidak bersedia dari segi fizikal dan mental.waktu itu saya memang jahil dan hanya ikut nafsu dan godaan syaitan.kini saya dihantui dengan dosa silam.Bagaimana saya ingin bertaubat supaya Allah mengampuni dosa besar yang saya lakukan..


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, setiap manusia tidak dapat lari dari kesalahan dan kesilapan. Menggugurkan kandungan tanpa sebab yang diterima Hukum Syarak adalah suatu dosa yang perlu dijauhi. Jalan terbaik untuk menebus kesalahan lalu adalah dengan bertaubat kepada Allah SWT memohon bersungguh-sungguh supaya dosa diampunkan. Firman Allah SWT;وَمَنْ يَعْمَلْ سُوۤءًا اَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللهَ يَجِدِ اللهَ غَفُورًا رَّحِيمًا ﴿۱۱۰﴾ Mafhumnya: “Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah an-Nisa’: Ayat 110) Seseorang yang bertaubat hendaklah memenuhi syarat umum taubat iaitu; i. Meninggalkan dan membenci dosa tersebut. ii. Menyesal dengan apa yang dilakukan. iii. Berazam untuk tidak mengulanginya. iv. Memulangkan kembali harta yang diambil, meminta halal atau mohon maaf jika dosa kepada sesama manusia. Semoga taubat puan diterima oleh Allah SWT dan dianugerahkan zuriat yang soleh dan solehah inshaAllah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 118

message user image