BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum memberi kucing makanan kucing yang mengandungi kandungan babi (atas nasihat doktor disebabkan faktor kesihatan kucing). Bagaimana pula cara untuk mengendalikan makanan kucing tersebut.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, hukum memberi kucing makanan yang mengandungi unsur khinzir berdasarkan ketetapan jawapan berikut: Pertama : Umumnya binatang tidak terikat kepada syariat, sehubungan itu kucing tidak ditaklifkan (dipertanggungjawabkan) untuk makan makanan yang halal. Tidak menjadi satu kesalahan memberikan kucing makanan yang mempunyai unsur khinzir. Kedua : Cara menyucikan diri apabila terkena makanan yang mengandungi khinzir tetap sama sepertimana apabila terkena najis mughallazah iaitu dengan tujuh kali basuhan – satu kali dengan air tanah dan enam kali dengan air mutlak. Ketiga : Jika terkena najis kucing yang makan makanan mengandungi najis khinzir, puan tidak perlu menyertu tangan kerana secara jelas tidak terdapat ain najis khinzir pada najis kucing tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 64

message user image