BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamu'alaikum Mufti, saya nak tanya, adakah jika membuka mulut zakar untuk dibasuh ketika puasa membatalkan puasa? sebab dalam mulut zakar saya tu memang tidak mustahil untuk tergesek dengan seluar bila-bila masa kerana mulut zakar saya senang terbuka apatah lagi jika tergesek dengan sesuatu seperti seluar dalam atau seluar lain,jadi saya tersangat sangat sukar untuk menjaga mulut dalam kepala zakar saya  agar tidak tergesek ketika memakai seluar.Jadi jika menurut pendapat masyhur dalam mazhab syafie adalah batal, bolehkah saya mengikut pandangan lain daripada mazhab lain atau kemungkinan ada pendapat lawan bagi rajih dalam mazhab syafie sendiri yang mengatakan tidak batal? kerana saya dikira dalam keadaan yang darurat lah kan, tidak mungkin saya mahu pakai kain pelekat sepanjang masa agar tidak tergesek.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, membasuh kemaluan dan seluruh anggota badan untuk bersuci hanya dituntut pada bahagian zahir sahaja dan tidak perlu memasukkan air ke dalam lubang kemaluan (zakar). Jika wanita hanya dituntut untuk membasuh bahagian kemaluan yang terzahir ketika duduk. Memasukkan sesuatu seperti air ke dalam lubang zakar jika ianya sampai ke bahagian salur kencing adalah perkara yang membatalkan puasa. Adapun jika membasuh bahagian zahir kemaluan(bahagian hadapan yang terbuka sedikit) tidak menyebabkan air masuk ke dalam salur kencing dan tidak membatalkan puasa. Begitu juga keadaannya jika zakar bergesel dengan pakaian ianya tidak membatalkan puasa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 241

message user image