BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Adakah talak yang dilafazkan secara jelas dianggap sah sekiranya dilafazkan dengan contoh ayat seperti berikut : "Aku ceraikan kau dengan talak sepuluh " lafaz talak itu dilafazkan oleh seorang suami kepada isterinya secara bersemuka dan apabila ditanya kepada suami tersebut, dia menjawab bahawa dia hanya main-main. Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan, lafaz suami puan itu termasuk dalam lafaz soreh ( jelas ), dan ianya boleh membawa kepada jatuh talaq, walaupun suami mendakwa dia hanya main-main sahaja. Terdapat hadis Nabi SAW yang melarang bermain-main dengan talak. Perkara ini adalah perkara yang tidak boleh dijadikan bahan ketawa dan gurauan. Hal ini ditegaskan oleh Nabi SAW di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA: ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ Maksudnya: “Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh, iaitu, nikah, cerai, rujuk semula (selepas talak)”. (Riwayat Abu Daud) Oleh yang demikian, kami mengesyorkan agar puan merujuk dengan segera ke mahkamah syariah berhampiran puan untuk pengesahan kerana isu berkaitan talak cerai adalah merupakan bidang kuasa mahkamah syariah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 82

message user image