BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Lintasan hati berkaitan perceraian. Assalamualaikum, saya ada beberapa persoalan yang ingin diutarakan disini. untuk pengetahuan pihak ustaz saya sering mengalami lintasan-lintasan dan bisikan hati cerai ketika bercakap dan berbicara. Ini menyukarkan saya untuk bercakap dengan sesiapa sahaja terutamanya isteri saya. Apa sahaja lafaz yang saya ucapkan yang ada unsur-unsur lafaz kinayah akan ada bisikan atau lintasan hati cerai dihati saya. Saya jadi rungsing bila memikirkan perkara ini. Ada satu hari tue saya ada berborak dengan rakan saya berkenaan isteri saya yang sedang sarat mengandung. Saya cakap dengan kawan saya isteri saya tengah menunggu hari ingin melahirkan anak. Kemudian dia pun bertanya "yang keberapa". Maksud dia, anak yang keberapa. Bila nak jawab soalan sahabat saya tue ada lintasan hati dan bisikan hati cerai, kemudian saya jawab "yang kedua" Saya jadi risau bila saya jawab tu takut saya ada terlintas atau bermaksud cerai talak kedua. Padahal saya tak nak pun bercerai dengan isteri saya. Saya sayangkan isteri saya. ringkasan perbualan tersebut adalah seperti berikut. saya : Isteri aku tengah sarat mengandung ni. Tengah tunggu hari nak bersalin kawan : Ye ke. yang keberapa? saya : (berlaku lintasan hati dan bisikan cerai di hati dan kemudian saya jawab) yang kedua saya jadi risau memikirkan situasi diatas. Saya tau sebenarnya saya tak nak bercerai dengan isteri saya. Dalam situasi diatas adakah jatuh talak terhadap isteri saya. Saya risau ada terselit niat nak ceraikan isteri saya dengan talak dua pada situasi diatas. Terima kasih kepada pihak ustaz yang sudi menjawab persoalan saya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, lafaz talak merupakan lafaz yang dibuat oleh suami. Jika hanya berdasarkan fikiran atau terlintas tanpa lafaz dari suami maka talak tersebut tidak berlaku. Walaubagaimanapun pihak saudari boleh merujuk ke Pejabat Agama Islam yang berdekatan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 598

message user image