BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalam. Saya ada 2 kemusykilan. 1. Adakan membaca doa iftitah sewaktu solat Jumaat, solat jenazah dan solat sunat qabliah maghrib hukumnya makruh? 2. Adakah disunatkan berhenti tatkala sampai kpd ..'adziim sewaktu bacaan dlm rukuk dan disambung dgn wabihamdih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, membaca doa iftitah di dalam solat adalah perkara sunat yang dituntut samaada solat fardhu atau solat sunat. Adapun dalam solat jenazah, jumhur ulama’ berpendapat doa iftitah tidak disunatkan berdasarkan kepada 2 alasan; i. Tiada hadis Nabi SAW membaca doa iftitah di dalam solat janazah. ii. Solat jenazah dituntut untuk diringankan dan diringkaskan. Tiada pandangan yang menyatakan sunat berhenti pada kalimah “azim” ketika membaca tasbih dalam rukuk sebelum kalimah “wabihamdih”. Oleh itu tiada keperluan untuk berhenti. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 90

message user image