BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya apa kah hukum sekiranya isteri menolak setiap kali saya minta untuk bersetubuh kerana berasa sakit di alat sulit selepas beranak.. Sudah setahun tidak setubuh.. Hmm


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum isteri menolak ajakan suami untuk bersetubuh ketika isteri sedang sakit adalah harus dan dibenarkan oleh syarak. Tambahan pula, bersetubuh merupakan hak bersama di antara isteri dan suami dan ia perlu dibincang serta disepakati secara bersama dengan baik. Antara perkara yang penting dalam bersetubuh ini adalah adab-adab dan hukum-hakam yang perlu diraikan supaya tidak berlaku sebarang kezaliman. Namun sekiranya tiada uzur atau sakit, hanya alasan lain maka berdosa. Sebagaimana Hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا المَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ Maksudnya: “Apabila seorang suami mengajak isterinya ke katil (dengan tujuan untuk bersama, lalu isteri itu menolaknya. Maka suami tersebut tidur dalam keadaan marah dengan isterinya. Dengan itu, para malaikat akan melaknatnya (isteri) sehinggalah dia bangun (daripada tidurnya) pada waktu pagi.” Riwayat al-Bukhari Adalah dinasihatkan agar pasangan suami isteri merujuk bersama dengan doktor pakar berkaitan penyakit yang dialami oleh isteri supaya mendapat kesefahaman yang baik di antara suami dan isteri supaya tidak timbul isu seperti ini. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 129

message user image