BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ada pelihara kucing di rumah. Saya sediakan pasir yang dibeli dikedai dan pasir ini saya masukkan dalam satu besen besar untuk kucing membuang najis dan kencing di sini. Seperti biasa perlakuan kucing apabila selesai membuang najis atau kencing, dia akan mengkembus najisnya dengan pasir berkenaan. Sesekali kucing berkenaan akan main di atas pasir. Saya sering perhatikan pada kaki kucing berkenaan, tidak pula kenampakan najis kucing yang melekat atau ada kesan najis di lantai rumah di mana ia telah berjalan selepas bermain atau membuang najis tadi. Soalannya, mohon pencerahan apakah sebenarnya lantai rumah dikatakan bernajis apabila kucing yang selesai membuang najis dan mengkambus najisnya dengan kakinya atau apabila kucing berkenaan bermain dan selepas itu ia akan memijak lantai berkenaan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, kucing adalah haiwan yang suci yang menjadi kebiasaan berkeliaran di rumah dan di sekeliling kita. Rasulullah SAW bersabda : إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ، إِنَّمَا هِيَ مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ أَوِ الطَّوَّافَاتِ Maksudnya : “Sesungguhnya kucing itu tidak najis kerana ia adalah binatang yang berkeliaran di sekeliling kamu.” (Riwayat al-Tirmizi) Apabila jelas tiada terlihat najis pada kakinya atau pada lantai rumah, tidaklah dianggap bahawa lantai rumah itu bernajis. Situasi yang tuan nyatakan tersebut dikategorikan sebagai umum al-balwa iaitu sesuatu perkara yang di luar kawalan dan sukar dielakkan. Maka, terdapat kelonggaran dan hukum khas yang diberikan kepada kucing kerana ia adalah haiwan yang biasanya berkeliaran di tempat tinggal manusia atau dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Sekian, terima kasih. والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 273

message user image