Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya suka membuka tingkap semasa tidur malam kerana inginkan udara segar. Soalan saya : 1. Adakah hukum nya membuka tingkap semasa tidur malam? 2. Bagaimana kalau saya menutup dengan langsir saja tapi tingkap masih terbuka? Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, tiada larangan dalam mana-mana nas al-Quran dan as-Sunnah,Namun terdapat hadis yang menggalakkan menutup pintu pada waktu malam, daripada Jabir RA, bahawa Nabi SAW bersabda;إِذَا كَانَ جُنحُ الَّيْلِ- اَو أَمْسَيْتُم- فَكُفُّوا صِيبْيَاكًم فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ. فَإِذَا ذَهَبَ سَاعَةُ مَنَ الَّيْلِ فَخَلُّوهُم. وَأَغْلِقُوا اللاَبْوَابَ. وَاذْكُرُوا اسْمَ اللهِ. فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا. Maksudnya: “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Walaubagaimanapun, jika menutup langsir sahaja tetapi tingkap masih terbuka dikhuwatiri akan mendatangkan keburukan seperti gangguan daripada binatang berbisa dan sebagainya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.