BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam Ustaz..boleh kah kita gunakan bahagian zakat kita untuk membayar hutang ayah dari pinjaman bank yg digunakan utk kos rawatan perubatan..Untuk makluman ayah telah pun meninggal akibat stroke. Minta pencerahan dari Ustaz..tq


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, dalam Islam, hutang adalah perkara yang sangat dititik beratkan khususnya hutang yang tidak diselesaikan oleh si mati semasa hayatnya. Hutang adalah perkara pertama perlu diselesaikan selepas urusan jenazah telah diselesaikan. Berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud: “(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya”. (Surah al-Nisa’: 11) Ini dikuatkan lagi dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jiwa seorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hinggalah hutangnya dilangsaikan.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Baihaqi) Kesimpulannya adalah diharuskan, bahkan menjadi kebaikan kepada si waris dan digalakkan kepada anak yang berkemampuan untuk membantu si mati menyelesaikan hutangnya walaupun menggunakan bahagian yang sepatutnya digunakan untuk membayar zakat kerana keutamaan labih besar adalah membayar hutang tersebut. Kemudian jika masih berbaki hartanya, dan cukup syarat untuk mengeluarkan zakat maka hendaklah tuan mengeluarkan zakat kerana kedua-duanya merupakan tuntutan wajib.  Saudara mungkin boleh bertanya lanjut kepada pihak Lembaga Zakat Selangor berkaitan hal ini sebagai badan yang berautoriti menguruskan perihal zakat di Selangor. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 122

message user image