BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya nak tanya berkaitan masalah saya. Dulu, lebih kurang 8 tahun yang lalu tak silap, masa tu saya masih di sekolah rendah. Waktu tu tengah bulan puasa dan kelas saya kena la bawak al-quran masing-masing ke sekolah.tapi satu hari tu, saya terlupa nak bawak balik al-quran saya, jadi saya patah balik ke kelas, tapi semasa di kelas, al-quran tu tiada. Mungkin sesiapa ambil sebab saya memang letak atas meja saya. oleh sebab masa tu saya pertama kali bawak al-quran ke sekolah, saya rasa takut kena marah dengan ayah sebab tu al-quran ayah saya. jadi saya ambik al-quran milik sekolah untuk ganti al-quran ayah saya tu untuk dibawa balik.. pastu lepas beberapa minggu, adalah kawan-kawan jumpa al-quran dalam almari.itu lah al-quran saya yang hilang tu. tapi saya taknak mengaku kat kawan-kawan yang tu al-quran saya sebab saya malu nak mengaku. saya ingat nanti saya senyap-senyap la tukar balik dengan al-quran yang saya bawak balik haritu. tapi saya asyik lah tangguh-tangguh nak ambik, sampai saya terlupa. sekarang saya dh di universiti, saya teringat balik. soalan saya, apa yang perlu saya lakukan dengan al-quran skolah yang saya bawa balik itu? perlukah saya pulangkan semula? bagaimana dengan al-quran bapa saya yang saya terlupa bawa balik itu?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, 1. Oleh kerana al-Quran yang saudari bawa balik adalah kepunyaan sekolah, maka ia hendaklah dipulangkan semula ke sekolah tersebut kerana ia bukan kepunyaan saudari dan mengambil barang bukan milik kita adalah berdosa. 2. Al-Quran bapa juga perlu dipulangkan semula kepada bapa. Jika tidak dijumpai lagi, saudari hendaklah menggantikan dengan quran lain, tetapi bukan mengambil quran dari mana-mana tempat sepertimana yang pernah saudari lakukan dahulu agar perkara ini tidak berulang. Sebaiknya hadiahkanlah bapa dengan quran baru sebagai ganti. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 105

message user image