Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Salam. Adakah boleh dgantikan baca al fatihah menggantikan. Doa qunut, iftitah, tahiyat awal dan tahiyat akhir..? Sbb masih x hafal smua tu.. Lau tggu dpt hafal, tak solat plk nt...
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, tidak boleh menggantikan dengan membaca al-Fatihah untuk membaca doa qunut, doa iftitah, tahiyyat awal dan tahiyyat akhir. Surah al-Fatihah wajib dibaca sekali dalam setiap rakaat semasa menunaikan solat. Bagi bacaan doa qunut, doa iftitah, tahiyyat awal dan tahiyyat akhir jika tidak menghafalnya, berzikirlah dengan apa-apa sahaja zikir yang telah dihafal. Misalnya boleh membaca zikir seperti berikut: سبحان الله والحمد لله ، ولا إله إلا الله ، والله أكبر ، ولا حول ولا قوة إلا بالله Walaubagaimanapun, tuan tetap wajib untuk belajar bacaan yang wajib dibaca di dalam solat seperti tahiyyat akhir dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sehingga mampu membaca dan menghafalnya dengan fasih. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.