Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, Sekiranya ada darah haid yg Kering kat tempat duduk sofa, tanpa sedar Kita duduk di situ Dan terus solat adakah solat Kita sah atau perlu diulang
Jawapan
Merujuk kepada persoalan, seseorang yang hendak mendirikan sembahyang hendaklah terlebih dahulu memastikan dirinya, pakaiannya serta tempatnya bersembahyang suci daripada najis. Jika terdapat najis pada perkara-perkara yang disebutkan itu, maka hendaklah ianya dibersihkan terlebih dahulu sehingga tempat yang terkena najis itu menjadi suci. Salah satu daripada syarat sah sembahyang itu ialah suci tubuh badan, pakaian dan tempat sembahyang daripada najis yang tidak dimaafkan. Oleh itu, merujuk kepada persoalan yang ditimbulkan tanpa sedar telah duduk di atas kesan darah haid yang telah kering di sofa seterusnya menunaikan solat maka solatnya tetap sah dan tidak perlu diulang semula kerana sesuatu yang suci yang kering jika bersentuhan dengan najis yang kering, maka ia tidak akan menajiskannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.