BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Adakah makan atau minum melebihi tiga teguk membatal wuduk


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hukumnya sah dan tidak batal wuduk. Ini kerana makan dan minum bukanlah perkara yang membatalkan wuduk, kecuali dibimbangi sisa-sisa makanan terlekat pada gigi yang mungkin akan tertelan ketika solat. Antara perkara-perkara yang membatalkan wuduk adalah Keluar sesuatu daripada lubang dubur atau qubul, bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang halal nikah, murtad dan sebagainya. والله أعلم بالصواب sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 68

message user image