BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam,saya ingin bertanya sebelum ni tuala saya digantung bersama dengan keychain yang dibuat dari kulit khinzir,saya tak mengetahui keychain itu kulit khinzir ,setelah sekian lama baru tahu. Saya dah buang tuala tersebut,dan sertu badan. Tetapi tuala pernah diletakkan di katil,telefon bimbit dan lain2, adakah perlu disertu juga.Barang berkenaan akan rosak jika disertu .


message user image

Jawapan  

Merujuk mazhab syafie, setiap inci bagi seekor anjing itu adalah dikira sebagai najis. Sepertimana yang dikatakan oleh Imam al-Nawawi; “Ketahuilah, tidak ada perbezaan di kalangan kami antara jilatan anjing dengan selainnya, daripada anggota-anggota anjing. Apabila terkena kencingnya, najisnya, darahnya, peluhnya, bulunya, air liurnya atau mana-mana anggota dari anggota badannya yang bersih ketika ia sedang berada pada keadaan apa sekalipun, maka wajib membasuhnya dengan tujuh kali basuhan dan salah satu daripadanya adalah tanah”. Oleh itu, situasi khinzir ini adalah sama seperti anjing, maka wajib membasuhnya dengan tujuh kali basuhan dan salah satu daripadanya adalah tanah. Justeru tuala yang terkena dengan barang dibuat dari khinzir bernajis dan wajib membasuhnya dengan tujuh kali basuhan dan salah satu daripadanya adalah tanah. Namun barang-barang yang terkena pada tuala tersebut tidak perlu disertu kerana tiada kaitan secara langsung, tambahan pula jika dalam keadaan kering dengan kering. والله أعلم بالصواب sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 195

message user image