BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, soalan saya: 1. Saya mempunyai masalah angin (sering keluar kentut) dan kerap terkucil dan terkeluar air dari kemaluan apabila bergerak termasuklah pergerakan dalam solat. Adakah boleh saya melakukan solat qada dengan satu wudhu' sahaja? 2. Berdasarkan keadaan saya di atas, adakah dibolehkan untuk saya menjamakkan solat jika didalam keadaan musafir?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, masalah sering keluar angin (kentut) dan kerap keluar air melalui kemaluan apabila bergerak dalam solat perlu ambil wudhu’ dengan tatacara berikut; a. Pastikan telah masuk waktu solat. b. Sucikan najis pada kemaluan. c. Dimasukkan kapas di kemaluan dan memakai lampin/bungkus. d. Berwuduk dan solat dengan segera. Perkara (a) - (d) hanyalah untuk satu solat fardhu dan beberapa ibadah sunat. Saudara boleh melakukan satu solat qada’ bagi satu wuduk. Saudara juga boleh menjamakkan solat ketika bermusafir dengan syarat setiap satu wuduk hanya untuk satu solat fardhu. Bagi jamak takdim, masa yang digunakan untuk wuduk bagi solat kedua tidak menghilangkan muwalat (berturut-turut) kerana ia termasuk dalam menjaga maslahah solat. Sebagai tambahan, saudara hendaklah berniat: “Sahaja aku berwuduk bagi mengharuskan fardhu solat kerana Allah Ta’ala”. Sekiranya air atau angin masih keluar ketika berwuduk atau solat, perkara tersebut dimaafkan kerana masyaqqah. Solat sah dan tidak perlu diqada. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 67

message user image