Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalammualaikum. Saya cuma nak kepastian berkaitan dengan bulu kucing. Kawan saya beritahu yang kalau ada 3 helai bulu kucing melekat di pakaian kita, bila kita solat tak sah. Betul ke? Boleh berikan pandangan tak dan information yang kukuh tak berkaitan tu?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, dalam hal ini perlu dipastikan terlebih dahulu status bulu kucing tersebut, sekiranya ia bersih daripada najis maka sah solat yang didirikan dan sebaliknya jika ia mengandungi najis maka solat tersebut tidak sah, dan perlu diulangi semula kerana hal keadaan tersebut dikategorikan sebagai menanggung najis. Oleh itu pastikan sebelum solat, pakaian, tempat solat dan badan kita suci dari hadas dan najis. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.